CERITA PASAL DETOX

APA ITU DETOX:
Detoksifikasi adalah proses pengeluaran racun atau zat-zat yg bersifat racun drpd tubuh. Puasa merupakan kaedah detoks yg paling efektif dan semulajadi. Proses pembersihan tubuh atau detoks ini akan meningkatkan proses semulajadi pengeluaran toksin.
Organ penting yg menjadi sasaran dalam proses ini ialah usus besar (pengeluaran) dan hati (detoksifikasi). Hampir kesemua penyakit degeneratif berkait rapat dengan keadaan keracunan dalam saluran usus (intestinal toxemia). Ini kerana setiap jaringan dalam tubuh mendapat makanan daripada darah dan darah mendapatkannya dari usus..

MENGAPA PERLU DETOX:

Salah satu penyebab berlakunya keracunan usus adalah kebiasaan mengambil makanan yg dimasak secara berlebihan atau makanan diproses. Selain itu, berlebihan pengambilan makanan sumber protein drpd haiwan dan lemak menyebabkan tubuh mengalami 'acidosis' (berlebihan asid) iaitu keadaan asid tubuh yang tinggi dan jaringan tubuh yang berlebihan.

ANTARA MANFAAT DETOKS:

~meremajakan sel-sel menjadikan kulit bersih, sihat dan lembut
~menurunkan berat badan berlebihan
~meningkatkan tenaga
~peningkatan deria bau, rasa dan dengar
~melancarkan peredaran darah
~memperbaiki daya ingatan
~menghilangkan gejala2 penyakit seperti alahan, sakit kepala & sebagainya
~memperbaiki kadar gula darah & tekanan darah
~memperbaiki fungsi hati & buah pinggang
~meningkatkan daya tahan tubuh